Teknik Mengurut Bayi

Assalamualaikum.
Selamat pagi. Entry kali ni berkisar tentang bayi. Beberapa minggu ni letihlah jugak sebab ulang-alik klinik. Masa mula-mula dulu sebab hafizah ada kuning. Sampai setengah bulan pulak tu kuningnya. Sekarang ni ulang-alik tiap minggu untuk pantau berat dia, sebab berat kurang nak naik. Lepas gugel jumpa teknik mengurut bayi yang dikatakan boleh menaikkan berat badan bayi. Kredit dekat penulis ni, mama abadikan dalam blog untuk dikongsi. Tiap kali lepas mandi air suam mama akan sapukan dengan iv kids. Kemudian urutkan badan hafizah. Alhamdulillah bila timbang minggu lepas berat dah bertambah walau tak naik mendadak. Jadi kita tengok cara urutannya ye.


Teknik mengurut bayi:-


Teknik Mengurut Bayi Letakkan bayi di atas alas yang lembut dan selesa seperti dia tas tilam atau di atas riba kita. Urut secara lembut dan tenang sambil bercakap-cakap serta memandang bayi. Sebelum melakukan urutan gosok kedua-dua belah tangan kita sehingga teras suam sebelum mula mengurut. Seelok-eloknya proses mengurut dilakukan selepas bayi mandi. Mulakan urutan dari bahagian kepala bayi hingga ke kaki dengan sentuhan yang lembut dan sekata.

1. Urut Bahagian Kepala Usap sisi muka bayi. Mulakan urutan dari bahagian tengah dahi membawa ke sisi dahi melewati ke kening, kemudian ke pipinya sebelum mengakhiri urutan kepala ini berhampiran telinganya.

2. Urut Bahagian Leher dan Bahu Dari telinga, urut leher bayi dengan lembut hingga ke bahu, dan dari dagu ke dada, kemudian urut bahunya perlahan-lahan bermula dari leher ke luar.

3. Urut Bahagian Tangan Usap bahagian tangan bayi dari bahu ke hujung jarinya. Menggunakan ibu jari dan jari-jari kita, picitkan perlahan-lahan tangannya dari bahu hingga ke pergelangan tangan dan tangan

4. Urut Bahagian Dada dan Perut Usap dada bayi perlahan-lahan mengikut arah tulang dadanya. Kemudian, gunakan gerakan memusar untuk mengusap bahagian perutnya bermula dari bahagian pusat ke luar.

5. Urut Bahagian Kaki Urut kaki bayi anda bermula dari paha hingga ke lutut, betis dan pergelangan kakinya. Kemudian, picitkan seluruh kakinya perlahan-lahan dari atas ke bawah.

6. Urut Bahagian Tapak Kaki Gosok tapak kaki bayi dari tumit ke jari-jari kakinya. Urut setiap jari kakinya. Akhiri urutan bayi dengan menggosok keseluruhan badan bayi dari bahu hingga ke kaki.

7. Urut Bahagian Belakang Selesai mengurut bahagian depan, tiarapkan anak anda dan mulakan mengurut bahagian belakangnya bermula dari bahu hingga ke kaki.

Faedah Hasil Mengurut Bayi Kepada Bayi Menyempurnakan dan memperbaiki perkembangan fizikal dan psikologi bayi.
Urutan memberi kelegaan dari simptom kembung perut bayi Melegakan ketidakselesaan gusi dan pertumbuhan gigi
Melegkan masalah sembelit bayi
Membantu menyelesaikan masalah bayi sukar tidur.
Membantu menambah berat badan bayi secara normal. Sangat berguna untuk bayi pra-matang Membantu proses tumbesaran yang optimum
Menenangkan bayi ketika proses salin lampin Juga menenangkan bayi ketika mengawal suhu badan sendiri dan juga menghisap susu.
Menenangkan bayi ketika mengenali objek-objek baru disekitarnya.

Faedah Hasil Mengurut Bayi Kepada Ibu Bapa Ibu bapa lebih peka dengan keperluan dan isyarat bayi
Mampu memahami bayi dengan lebih mudah
Keyakinan menguruskan bayi bertambah
Menambahkan perasaan sayang tak berbelah bagi pada bayi Menambah kecekapan menguruskan bayi walaupun mengurut bayi hanya sekali sehari B
ayi yang kerap diurut lebih banyak melihat, bercakap, senyum, mahu didakap oleh ibu bapa.

Set ibu dan anak mengandungi Iv Mist dan Iv Kids

Iv mist sesuai untuk kegunaan seisi keluarga
Iv kids untuk bayi

Mana nak dapatkan..?
Boleh hubungi 013-7711702 
Saya guna dan sayas jual

I LOVE U

Assalamualaikum.
Selamat petang semua. Terima kasih sudi singgah.
Ibu-ibu kalau bayi meragam tak membuang lebih dua hari jangan panik tau. Ala mama dulu masa anak 1 anak 2 panik jugak. Risaulah nak pulak dekat seminggu tak membuang sedangkan nyusu kuat kencing kuat, berak je tak lawas. Orang tua-tua kata nak buat daging. Yang ni tak tau la kesahihannya.
Lepas hafizah cucuk sebulan mula dah tak lawas. Tapi bila membuang bau dia tak agak-agak. Banyak pulak tu abis terkeluar daripada pampers. Hahaa.. lepas tu sedaplah tido nyenyak. Nak tau macamana mama buat? Jom baca mana tau boleh dapat sedikit sebanyak info. (^.*)

Tiap kali lepas mandi air suam urut bayi seperti gambar atas ni.
urutan ni di panggil urutan I LOVE U.
Sebelum tu mama gunakan iv kids sebagai minyak telon. Sangat sesuai untuk bayi yang kembung, sakit perut, sembelit. Semburkan sedikit di tapak tangan dan kemudian sapu di perut, betis, tapak kaki dan belakang badan. Kemudian urutlah badan bayi anda dengan lembut. Kemudian buat senaman kaki seperti mengayuh basikal. Siap. 

Ni pulak gambaran bahagian tertentu dalam badan. Selalunya orang urut refleksologi urut tapak kaki kan. Ha gambo atas ni dah terangkan bahagiannya.

Ni set berpantang IV ibu dan anak.
Iv kids u tuk bayi - inilah yang mama gunakan untuk hafiizah.
Iv mist - amat ssesuai untuk seisi keluarga
Nak beli bole oder dengan mama ye

Tidur lepas kepenatan menunggu turn dekat klinik.
Horeyyy dah naik sikit berat.


Psstt: Nak beli Iv mist iv kids atau nak pakej2 lain produk iv bole hubungi mama ye
013-7711702

Rebusan akar kayu suzyhoney

Assalamualaikum.
Selamat pagi. Mesti semua dah sarapankan. 
Kami dah sarap jugak. Arini ari ke 36 berpantang maka ade berbaki lagi beberapa hari nak abis pantang.

Test RAK rebusan akar kayu by SuzyHoney. Member satu dorm dulu kenalkan ni. Baru nak berjamu ko sebab baru je dapat semalam.
Dalam peket yang besar tu ada 3 peket kecil bungkusan untuk buat air rebusan. Yang kapsul tu makan berperingkat ikut aturan yang ditetapkan. Ada 3 jenis jugak tu.
Semua untuk dalaman lepas bersalin khas untuk "mak tang" ( ibu berpantang)
Lepas cuci kita masukkan 5 gelas air. Kemudian rebus sehingga menjadi 3 gelas air.
Macam air teh kan. Sedap oiiii. Tak pahit pon.
Baru cuba segelas kite tengoklah nanti serasi ke tak.
Kene ambik 10 hari je air rebusan ni.
"Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa" ( Hamka ).