Nenek kene darah tinggi

Assalamualaikum..
Salam jumaat.
Macam biasa setiap pukul 2.30pagi hafizah mesti bangun mintak susu. Kebiasaannya hampir subuh baru dia betul-betul nyenya. Tapi malam tadi 3 lebih je dia dah nyenyak. Mama baru je terlayang papa kejutkan.. oh kenapalah agaknye..?hati tertanya-tanya. Papa kata nenek kene darah tinggi. Mama bangunlah..

Bangun perlahan-lahan cuba untuk gagahkan ati gi jenguk nenek kat bilik abang haris. Haris tengah nyenyak di buai mimpi. Mama tengok nenek dah basah kuyup kepala dan baju. Agak je mesti tadi baru lepas gi toilet. Nenek jatuhke? ALLAHUAKBAR...
Sentuh tangan nenek sejuk sangat-sangat. Terus cakap gi emergency la. Nenek angguk je. Dia bagitau tak nampak apa sedangkan mata celik. Tadi pon mengesot gi toilet tak boleh berdiri, kalau jatuh memang tak bole bangunlah. Ah sudah. Papa da siap bila dengo nak gi emergency. Kejut haris suruh temankan sebab mama ade hafizah ngan hafiz kene tinggal dekat umah.

Tukarkan baju nenek dan pelan-pelan pimpin gi kat kereta. Sempat lagi pesan dah jangan buat keje berat. Pakai bengkung tu ikat ketat-ketat. Oh sempat lagi mikirkan anaknya dalam pantang ni.

Tunggu punya tunggu dari lepas subuh baru dapat tau nenek kene rest dulu, masuk ubat dan sampel darah pon dah diuji tinggal tunggu keputusan je. Dekat pukul 8 dorang dah balik. Tengok nenek keluo kereta da bole berdiri. Syukurnya rasa..alhamdulillah.

Pukul 10 turn hafizah pulak gi klinik. Mujur dekat, doa2 result darah ok. Sampai klinik, tak ramai yang datang cek kuning. Turn hafizah je die terus hulur kaki. Tanpa sebarang tangisan masa sampel darah di ambil. Good girl. Dapat je result dekat lab rase nak melompat je.. kuning dah lepasi bacaan yang dikehendaki. 77 ok..oh alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami anak beranak arini. Berkat penghulu segala hari.
Tolong doakan ye nenek cepat sembuh

No comments:

"Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa" ( Hamka ).