Al-fatihah

Assalamualaikum.

2 mac 2018 -
semalam papa cukup umur. Mama tak mampu nak berikan hadiah. Hanya secebis doa semoga diperluaskan rezeki, dibeŕi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, semoga bahagia ngan mama till jannah. Takdelah celebrate ke ape ke.. kek beraising, pulut kuning, bubur putih bubur merah. Semua takde. Tempoh berpantang masih berbaki 2 minggu. Jadi semua kita tangguh dululah..tapi semalam memang takde rasa beria pon, tiada rasa semangat nak buat apa-apa istimewa.

Pukul 9 siap sarapan, itu pon papa je beli dekat pasar maras. Siap kemas meja rehat-rehat sekejap depan tv sambil melayan anak-anak yang dah siap mandi. Sempat jugaklah masak yang ringkas-ringkas sedangkan masa tu anak merengek bersilih-ganti macam nak beritahu sesuatu.

Lepas makan tengahari tu pon dah lepas solat jumaat, anak-anak ade aktiviti dekat sekolah. Macam biasa rutin mingguan, kelas taekwondo pukul 3.30ptg bermula. Tak lama papa call tanya berita yang tidak di sangka. Pertanyaan mengenai sahabat kami En. Zainal Abidin Nordin masuk ICU. Dalam beberapa minit dikhabarkan sudah dijemput Ilahi. ALLAHUAKBAR. Tak pernah pulak dengar arwah sakit tiba-tiba dapat berita sudah tiada. Siapalah kita nak menidakkan ketentuannya. Sedetik tak cepat, sedetik tak lambat. Sedihnya kami, dulu masa di Sandakan kerja sama dengan arwah ni. Baik orangnya, kira bos paling cool je.

Semoga semua urusan di permudah kan ...Ya Allah kuatkan lah semangat Nurul Ismail sahabatku ni di atas pemergian suami tercinta...kuatkanlah juga semangat anak2 nya...beri mereka kekuatan dalam menempuh dugaan Mu Ya Allah ...kami hanya mampu berdoa dr jauh ...perginya di hr mulia ...semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman dan beramal soleh....aamiin.. sama-samalah kita sedekahkan al fatihah untuk arwah


No comments:

"Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa" ( Hamka ).