makcik kayo..makcik kayo..(sambil lompat2 gumbira)...da bekpes ke..arini bekpes roti bako sapu homemade kaya je..sempena wat ptg semalam..ni kes ade roti tp xde kaya(pic malas nak snap)..tu yg terajin menorai..
layan resipi..kredit kat akk ni tau...xkesahle sape empunye resipi sebenar..tp mmg sedap..kalu kwn2 nak try silalah...kaya ni pada mama kire manis la jugak...so xle la nk mkn byk mn kang nek lak thp gula...kui3...
Serikaya pandan mudah
Bahan-bahanya ( sumber resepiros@jintanmanis.com)
350ml santan pekat ( ros guna santan dalam tin ayam brand)
3/4 cawan gla ( 3 suku cawan gula, ros guna cawan minum kopi 180ml tu)
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh)
beberapa titik pewarna hijau
Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air, selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di letakkan di dalam peti ais. Selamat Mencuba.
- Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )
5 comments:
bleh try ni,kaya kt umah ni pun slalu abis dulu drp rotinya..tq share resepinya.
wah dah ada homemade kaya.. boleh le menerai ni... tq for the receipe
welcome2...jom2 menambah stok lam esbok...heheee
macam senang je ni..
senang je acik nuru...nak masuk lam mulut laaagiii senang..hehee
Post a Comment