Khasiat daun pegaga

Assalammualaikum semua

Arini nak share petua orang-orang lama. Petua ni mama dapat daripada geng sekolah mama.  Ok petua 3 in 1 yg boleh didapati dari sejenis daun herba yang tak kurang hebatnya. Daun yang dimaksudkan itu ialah daun pegaga 😊

Daun pegaga ni sebenarnya ada seribu satu khasiat. Selain dari rasa daunnya yang sedap dibuat ulam ia juga menjadi amalan org-org dahulu kerana dikatakan boleh mengubati pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan pelbagai lagi.

Ok seperti yang saya janjikan, dibawah ini adalah tiga petua mudah yang boleh anda buat dari daun pegaga 😉

1.Hilangkan bintik hitam
Cara membuatnya mudah sahaja. Ambil dalam 10 helai daun pegaga dan cuci dengan sesudu air garam. Selepas itu tumbuk hingga halus lalu dicampurkan dengan air garam dan bedak sejuk. Kemudian tambahkan sedikit air suam. Dah siap! Tempekkan campuran tersebut d sekitar muka pada waktu malam dan bersihkan muka pada esok paginya. Amalkan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

2.Serikan wajah
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya. Rebus dengan 2 gelas air sehingga menjadi segelas. Kemudian tapis air rebusan tersebut dan biarkan ia sejuk. Air rebusan ini boleh diminum sekali sehari selepas makan malam. Amalkan 3 kali dalam seminggu dan anda akan dapati wajah anda kelihatan lebih berseri. Cuba lah

3.Kecutkan peranakan
Bagi wanita yang alami masalah peranakan kembang atau selepas kedatangan haid boleh la mencuba petua ini. Amalkan beberapa helai pucuk pegaga dan boleh la dimakan buat ulam atau dijadikan ramuan dalam masakan. Contohnya boleh dibuat kerabu, masak lemak, dan pelbagai lagi. Sebab itu daun pegaga sangat bagus dimakan buat ulam bagi wanita yang baru lepas melahirkan. ( yang ni memang tambah susu..pengaliran pon lancar je)

Baiklah. Itu sahaja petua dari saya kali ini. Apa pun semua yang baik dan penyembuhan itu datangnya dari Allah. Ini hanya sbg asbab shj. Selamat mencuba petua mudah ini 😉

*share jika bermanfaat

#kongsipetua
#inajamusuzyhoney
#suzyhoneyherbsjohor

Kredit kat ina..rajin die share petua..nanti kalau die share lagi mama tepek kat blog..kite sama2 baca ok.

No comments:

"Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa" ( Hamka ).