Da masuk bulan Rejab dah, jap je waktu berlalu.
Kita imbau kenangan dululah sebelum masuk dapo main masak-masak. Tiap kali masak nasi pasti ade kerak dasar periuk. Padahal masak guna periuk elektrik. Bila masak lebih dan panaskan dua kali memang berkeraklah periuk tu. Dah abis makan, periuk tu kene rendam, maka banyaklah kerak.
Kalau mase kecik-kecik dulu kerak ni akan diletak dalam dulang lepas tu jemur
keringkan. Yang elok nenek akan goreng kruk-krak makan depan tv..rangup kalah popcorn..yang dah hancur-hancur tu kumpul banyak-banyak bagi ayam itik makan.
Kat sini kalau jemur kompom dulang terbalik dikerjakan kucing. Tu sebab mama letak kat pokok2.m korang buat macam mane kalau kerak nasi banyak?
Klah hafiz da nangis. Nanti kita sambung lagi. Jupe di lain entri. (^.^)
No comments:
Post a Comment